
Assalamu'alaikum
Salam Pengenalan Diri
Assalamu'alaikum wbt. Nama diberi Mohd Farez Ezwan Bin Rosdizan, pelajar tahun satu (1), Perumahan, Bangunan dan Perancangan (PBP) dalam bidang pengkhususan Teknologi Binaan atau dalam bahasa Inggeris, Housing, Building and Planning (HBP) di Universiti Sains Malaysia, satu-satunya universiti yang berstatus APEX dan juga sebuah daripada lima (5) universiti yang berstatus RU (Research University). Berasal daripada Kelantan. Lahir di Hospital Kuala Krai, Kelantan pada 15 Ogos 1995. Mendapat pendidikan awal di Tadika Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai. Pada tahun 2002, bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Dabong dan pada 2004 di Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong, Pasir Mas, Kelantan. Pada tahun 2008, mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu (1), Pasir Mas, Kelantan selama lapan (8) bulan dan berhijrah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil, Pasir Puteh, Kelantan. Selepas tamat persekolahan, melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bidang Pengajian Kejuruteraan Mekanikal selama satu (1) tahun.